Wednesday, May 2, 2012

Sendayan & i-City


Cuti kali ni jauh perjalanan kami. 

Tujuan asal hendak menghadiri majlis perkahwinan my best friend, Norliyana dekat Bangi. 

Tapi dah alang2 sampai ke sana, kami pun berjalan2 ke tempat2 menarik yang berdekatan.

Jumaat malam sabtu kami dah gerak ke Sendayan (rumah adik ipar saya) dan bermalam di sana. 

Kawasan perumahan dekat area situ boleh tahan cantiknya dan banyak lagi projek2 perumahan dalam pembinaan.

Tak lama lagi jadi bandar la situ...Nama pun Bandar Sri Sendayan.

Sampai di sana dalam jam 1am. Masing2 dah lapar & kebuloq.Nasib baik adik ipar saya sempat menyediakan bihun goreng untuk kami. Habis licin semuanya...

Pada keesokannya kami bercadang pergi ke IKEA tapi malangnya tak berkesempatan kerana kesuntukan masa. 

Kami sempat melawat saudara di Kg. Jawa dan terus ke Shah Alam. Mana lagi kalau bukan i-City (tempat banyak2 lampu tu sampai berpinau bijik mata)

Suasana malam itu
Yang paling seronok time tu tak lain tak bukan ialah 3 orang anak buah saya..Al maklumlah first time datang..kat Johor mana ada tempat macam ni.

Kami...
Bersama mertuaku...

Zafran..anak buah kami. suka dapat beli mainan

Setelah penat berjalan dan keletihan, kami kembali ke Sendayan kira2 jam 12mlm.. Peh!!! memang penat sangat. Masing2 tidur dengan nyenyaknya dan macam2 bunyi "sound effect" malam itu...

Sekian...


1 comment:

  1. mesti malam tu ada pelbagai lagu yang kluar.... hahahhaa

    ReplyDelete