Tuesday, May 29, 2012

Menuju ke Mersing...

Musim cuti sekolah tak sah rasanya kalau tak dapat undangan perkahwinan. Kadang2 tu sampai tak tahu nak pergi yang mana satu..


Tapi kali ni kami ke Mersing untuk tujuan yang sama iaitu menghadiri perkahwinan ofismate en.suami..
Perjalanan dari dari Johor Bahru mengambil masa hampir 2 jam ke sana dengan membawa hadiah yang tak seberapa ni tapi ikhlas dari hati untuk diberi kepada pasangan mempelai..

Our present for the bride (rahman & anis)
Tidak sempat kami untuk bergambar dengan mempelai kerana ada lagi hala tuju kami selepas itu..


Dah sampai Mersing, kalau tak singgah ke pantai memang tak sah...Kebetulan rumah pengantin sangat dekat dengan pantai.


Kami ke Air Papan untuk melihat suasana di sana sambil snap apa yang patut untuk dijadikan collection...
En. suami yang merenung masa depan



Contact number untuk booking resort
Homestay Air Papan
Homestay Air Papan (berbeza sikit dari homestay yang di atas)
Kami parking sebentar di tepi pantai untuk mengambil gambar dan melihat keadaan sekeliling sambil menikmati ais krim roti yang dibeli. Hampir 5 minit ketika kami dah nak gerak, tiba2 datang sebuah motor dan meminta membayar parking RM3. Parking 5minit pun kena bayar jugak ke?Rupa2nya memang kena bayar. Tak tahu pulak kami di sini memang di kenakan bayaran. Nak tak nak bayar ajelah...

Di sebelah kanan ini lah tempat kami park kereta yang hanya 5 minit tu
Destinasi kami selepas itu adalah ke...

Kedai Amliza (perusahaan keropok lekor)
Kebiasaanya kalau kami ke Mersing, kedai inilah yang menjadi tumpuan kami untuk membeli keropok lekor @ keropok ikan sebab rasa keropoknya sedap & lembut.


Keropok lekor yang masih panas
Ada juga kedai2 lain yang menjual keropok & hasil laut lain... 




Inilah perjalanan kami pada hari itu..


Monday, May 28, 2012

Kg Pasir Putih, Pasir Gudang


Selalu je dengar orang bercerita tentang makanan dekat Kedai Makan Rahmat, Kg Pasir Putih ni. 

Kalau anda semua nak tahu, keistimewaan kedai makan ini ialah hidangan siakap goreng cicah sambal kicap.

Saya sendiri pun tak pernah mencuba resepi ini. Menunya sangat simple. 

Hidangan2nya biasa sahaja ala2 kampung gitu..

Teringin juga nak merasa. Kami pun pergi mencari restoran ini last2 jumpa jugak tempatnya.

Environment cukup menarik kerana ianya terletak betul2 dekat laut dan di seberang kita boleh melihat bangunan2 Singapore...

Jom kita layan gambar2 di bawah...

Suasana persekitaran yang cukup menarik
Tempe goreng
Sambal udang
limau ais
Menu yang membuka selera
kami..♥♥

At the end....inilah hasilnya....

Licin semuanya...tinggal tulang je


Saturday, May 26, 2012

Rejab, Syaaban & Ramadhan

Alhamdulilah hari ini telah masuk 5 Rejab dan kemudian akan disusuli dengan bulan Syaaban serta Ramadhan. 


Ketiga-tiga bulan ini mempunyai kelebihan tersendiri dan ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat seperti berpuasa, memperbanyakkan zikir, membaca al-quran, bersedekah dan sebagainya. 


Dalam ketiga-tiga bulan ini terdapat peristiwa-peristiwa besar yang telah berlaku.

Rejab
  • Berlakunya peristiwa Isra’ Mikhraj (27 Rejab)
  • Tahun berlakunya Isra’ Mikhraj dipanggil Tahun Dukacita kerana pada tahun itu, Rasulullah s.a.w telah kehilangan dua insan yang disayangi iaitu isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Maka Allah menceriakan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Isra’ Mikhraj.
  • Berlakunya solat umat Islam 5 waktu yang pertama. Sebelum ini, umat Islam hanya bersolat 2 waktu iaitu waktu pagi dan petang namun sebaik sahaja solat difardhukan 5 waktu maka 2 waktu sebelumnya diharamkan oleh umat Islam bersolat. Solat pertama ialah solat Subuh, iaitu sebaik sahaja Rasulullah s.a.w kembali dari Isra’ Mikhraj. 
Rasulullah s.a.w. bersabda; “Puasa pada 27 haribulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti berpuasa 1000 tahun kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.” Nabi s.a.w. bersabda; ”Siapa yang mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang daripada dipetik sampai dia kembali.” – Riwayat Tirmidzi


Syaaban
Terdapat nas yang berkaitan dengan Nisfu Syaaban yang datang dengan penambahan iaitu pada malam Nisfu Syaaban, malam ke 15 Syaaban, Allah berfirman bahawa sesiapa yang meminta ampun kepada Allah melalui doanya maka doanya akan diperkenankan kecuali orang yang syirik kepada Allah, orang yang berzina dan tidak bertaubat nasuha, orang yang bermusuhan sesama Islam.

Ramadhan
  • Merupakan bulan di mana Al-Quran diturunkan, serta kitab Samawi seperti kitab Injil, Taurat dan Zabur juga turun pada bulan Ramadhan.
  • Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan besar-besaran dan pada bulan ini juga pahala akan dilipatkali gandakan untuk setiap kebaikan/amalan yang kita lakukan.
  • Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu malam iaitu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. InsyaAllah...
Doa Bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan


Marilah kita sama2 rebut peluang ini untuk mempertingkatkan amalan kita. Mudah2an Allah terima segala amalan yang kita lakukan. Amin...

Friday, May 25, 2012

Dinner @ Benafee Village Restaurant

Semalam kami berjalan2 mencari tempat makan. Puas jalan sampai ke Pasir Gudang. 
Last2 kami decide dinner dekat Benafee Village je.

Untuk pengetahuan anda, Benafee Village ini terletak di Jalan Dato' Abdullah Tahir, Johor Bahru. 

Merupakan restoran keluarga kepada salah seorang artis negara kita iaitu Betty Benafee.

Memberi perkhidmatan yang sangat memuaskan. Tidak perlu tunggu lama untuk menikmati juadah yang diminta.

Kami juga pernah berbuka puasa di sana ketika Ramadhan yang lepas. Menu yang disediakan sangat memenuhi citarasa saya.

Terdapat banyak menu pilihan yang disediakan untuk pelanggan mereka.
Antaranya yang menjadi favourite saya adalah seperti Nasi Ayam Penyet, sweet corn crab meat, chicken chop, kalamansi ais dan banyak lagi la...

Yang penting harganya berpatutan...

Gambar di bawah ini saya kongsikan untuk tatapan anda (Gambar tak berapa clear. Guna camera murah aje)

Nasi putih
Sotong Sambal Bakar
Sup Ekor Lembu Ala Thai
Fried Chic - Lemon Grass
Telur Bungkus
Sweet Corn Crab Meat (My favourite)
Total Cost


Hmmm...memang menyelerakan




Monday, May 21, 2012

Autoshow

Minggu lepas saya sempat pergi melihat pameran autoshow di KSL, Johor Bahru.

Macam2 jenis kereta yang telah diubahsuai..

Sempat saya capture beberapa keping gambar sekitar pameran tersebut untuk tontonan anda...

Nak explain lebih2 pun saya tak tahu sangat pasal ilmu kereta ni...Jadi...jom kita tengok aje....






siap ada asap lagi..

Kereta doraemon 
Semuanya berasaskan Doraemon


smart jugak
purple mati
Suka tgk seat kereta ni

kelisa ni comel
Orang yang duduk kat atas ni pon comel jugak..hihi..







Dari hadapan : kelihatan ramai photographer2 yang ambil gambar bahagian blkg kereta

Dari belakang : ohhh..rupa2nya ada yang menarik perhatian kat sini..ingatkan cantik sgt  rupa bhgn blkg kereta ni.









Sunday, May 13, 2012

Ibu Ku Tercinta


Tanggal 13 Mei setiap tahun merupakan sambutan Hari Ibu seluruh dunia..

Selamat Hari Ibu kepada ibu saya dan ibu mertua. 

Semoga kalian berdua diberi kesihatan yang baik dan diberi kesejahteraan dunia & akhirat.

Tak lupa juga kepada ibu2 yang berada di seluruh dunia ini.

PEPATAH syurga di bawah tapak kaki ibu sekali gus mengingatkan kita kepada betapa besar jasa ibu bapa dalam mendidik dan mematangkan kita menjadi manusia berguna.

Jasa kalian semua tiada tandingannya.

Ibu saya
Ibu mertua

Ibu
Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Mendengar segala luahan hatiku

Ibu
Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi kegembiraan itu
Dengan senyuman penuh syukur

Ibu
Bila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Memberiku kekuatan dan ketenangan

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Sehingga ke akhir hayatku


Selamat Hari Ibu...Sesungguhnya saya amat menyayangi ibu2 saya..
Lagu ini sentiasa mengingatkan saya segalanya tentang ibu...


Syurga di bawah Telapak Kaki Ibu
Artis: Aisyah

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu



Semoga saya juga akan menjadi ibu yang terbaik untuk bakal anak2 saya akan datang...