Tuesday, May 29, 2012

Menuju ke Mersing...

Musim cuti sekolah tak sah rasanya kalau tak dapat undangan perkahwinan. Kadang2 tu sampai tak tahu nak pergi yang mana satu..


Tapi kali ni kami ke Mersing untuk tujuan yang sama iaitu menghadiri perkahwinan ofismate en.suami..
Perjalanan dari dari Johor Bahru mengambil masa hampir 2 jam ke sana dengan membawa hadiah yang tak seberapa ni tapi ikhlas dari hati untuk diberi kepada pasangan mempelai..

Our present for the bride (rahman & anis)
Tidak sempat kami untuk bergambar dengan mempelai kerana ada lagi hala tuju kami selepas itu..


Dah sampai Mersing, kalau tak singgah ke pantai memang tak sah...Kebetulan rumah pengantin sangat dekat dengan pantai.


Kami ke Air Papan untuk melihat suasana di sana sambil snap apa yang patut untuk dijadikan collection...
En. suami yang merenung masa depan



Contact number untuk booking resort
Homestay Air Papan
Homestay Air Papan (berbeza sikit dari homestay yang di atas)
Kami parking sebentar di tepi pantai untuk mengambil gambar dan melihat keadaan sekeliling sambil menikmati ais krim roti yang dibeli. Hampir 5 minit ketika kami dah nak gerak, tiba2 datang sebuah motor dan meminta membayar parking RM3. Parking 5minit pun kena bayar jugak ke?Rupa2nya memang kena bayar. Tak tahu pulak kami di sini memang di kenakan bayaran. Nak tak nak bayar ajelah...

Di sebelah kanan ini lah tempat kami park kereta yang hanya 5 minit tu
Destinasi kami selepas itu adalah ke...

Kedai Amliza (perusahaan keropok lekor)
Kebiasaanya kalau kami ke Mersing, kedai inilah yang menjadi tumpuan kami untuk membeli keropok lekor @ keropok ikan sebab rasa keropoknya sedap & lembut.


Keropok lekor yang masih panas
Ada juga kedai2 lain yang menjual keropok & hasil laut lain... 




Inilah perjalanan kami pada hari itu..


2 comments: