Sunday, September 29, 2013

KEMBALI LAGI

Assalamualaikum semua

Hmm...setelah sekian lama menyepi baru kini nak kembali aktif dalam blogging..

Terlalu banyak perkara berlaku sampai tiada masa nak update dalam blog ni.
Hihi..macam busy sangat je saya kan.

Well..Sekarang baru nak berjinak-jinak dalam mencuba resepi2 kek dan kuih.

Apa lagi terus google je. Maklumlah sekarang maklumat hanya di hujung jari..Senang kan..Taip je apa info yang kita nak.

Kalau ada rezeki teringin nak berbisnes kecil-kecilan.. Takpe slow2 kayuh..hehe

Google Search
Ok nak tahu apa yang kek dan kuih yang saya dah cuba??kita jumpa next entri ok.. :)


Sunday, July 22, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Selamat Datang Ramadhan...

Alhamdulillah sempat lagi bertemu Ramadhan kali ini..

Di bulan yang mulia dan penuh barakah ini, marilah sama-sama kita memperbanyakkan amal ibadah untuk memperoleh keberkatan dunia dan akhirat. Antaranya adalah seperti:

  1. Memperbanyakkan membaca al-quran
  2. Memperbanyakkan zikir
  3. Memperbanyakkan  sedekah 
  4. Bertarawih dan lain2 lagi.

Dalam bulan ini kita hendaklah mengelak dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

  1. Kita sepatutnya menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya
  2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;  
  3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhah.
  4. Jangan terlalu mengikutkan nafsu lebih2 lagi ketika berbuka dan banyak lagi.
Keistimewaan Ramadhan ini ialah pada Malam Lailatulqadar yang telah dirahsiakan oleh Allah. Oleh itu, ayuhlah kita beramai2 membuat ibadah di bulan mulia ini.


Thursday, July 5, 2012

Khamis Malam Jumaat


Hehe...mesti korang terfikir kan kenapa khamis malam jumaat. Biasanya orang akan kaitkan dengan orang yang dah berkahwin...

Tapi kali ni saya bukan nak bercerita mengenai perkara itu. 

Tiap kali khamis malam jumaat kami akan menantikan cerita ini..korang pun mesti tertunggu2 jugak kan iaitu cerita Seram : Waris.


Mengisahkan Marisa dan Rashad yang kehilangan anak kembar perempuan mereka dan memberi sepenuh perhatian kepada anak lelaki, Amar. Bagaimanapun, ketika bercuti di Terengganu, Amar yang menghilangkan diri ditemui diserang penyakit sawan tiba-tiba dan keadaannya membimbangkan Marisa. Nak tau kisah selanjutnya...saksikan setiap khamis jam 10.00 malam di TV3. 

Antara barisan pelakon seperti Datin Paduka Umie Aida (Mas Suri), Emelda Rosmila (Marisa), Fizz Fairuz (Rashad), Hairi Othman (Waris) dan Kuza (Mas Ayu), 13 episod terbitan Filmscape ini menampilkan Liza Shadan (Aida), Mozalfa Faisa (Fariz), Syamiem Alnisa (Sarah) dan Fadzrin Danial (Amar).

Memang dari dulu lagi mengikuti episod pertama cerita ini iaitu Kekasihku Seru dan sekarang kesinambungannya adalah Waris. Pengarah Khabir Bhatia memang best...I like...



Saturday, June 30, 2012

Karnival Jom Heboh


Start hari ni dan esok (30/6 & 1/7), Jom Heboh diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru. Dah dekat sangat dengan rumah saya. Kalau nak jalan kaki pun boleh...


Yay! Boleh la nak  jengah2 ke sana kalau takde plan lain (plan asal)... 
Tapi...tapi...tapi...akhirnya plan asal cancel so tak dapatlah nak pergi sebab ada hal yang lagi penting dari itu. Never mind la...yang penting dapat balik kampung.

Dah lama Jom Heboh tak dibuat di Johor kerana sebelum ini tapak Jom Heboh adalah di Danga Bay but since the Danga Bay is under construction, jadi untuk mencari tempat yang sesuai tu mungkin susah sikit.

Semestinya ramai pengunjung yang akan turun nanti dari seluruh pelusok Johor ni dan mungkin ada yang datang dari luar...Parking memang susah sikit nak dapat kat area situ..Pandai2 lah korang cari...


Malam tadi pun dah start ramai orang yang berkunjung apatah lagi hari ini dan esok. Confirm jammed punye lah. Sesape yang nak melalui jalan itu, silalah cari jalan alternative lain ye untuk mengelakkan kesesakan.


Antara artis-artis yang akan memeriahkan konsert Jom Heboh kali ni adalah seperti kumpulan Jinbara, Akim, Ella & protege (caroline) & Ramlah Ram.

Jom lah datang beramai-ramai....


Wednesday, June 27, 2012

The Chicken Rice Shop

Lagi mengenai makan...

Tu lah kerja kami kalau time cuti iaitu cari tempat2 makan best sambil2 cuci mata...

Kali ni kami ke The Chicken Rice Shop sebab time tu teringin sangat nak makan nasi ayam. Kebetulan ketika itu kami di Jusco Tebrau City.

Tak pasal2 glamor 2 orang ni masuk blog aku..
Sebelum ni pernah order yang set untuk 2 pax punya tapi memandangkan agak susah untuk menghabiskannya, jadi kami order yang single je.

Soya bean & Apple Juice
Chicken Rice ~BBQ chicken~
Ni en suami yang nak...
Chicken Rice ~Steam Chicken~
Ini saya yang punya ok...
Haa...yang menariknya bekas tempat letak sudu pun berbentuk ayam..
Dah namanya Nasi Ayam, mestilah semuanya berasaskan ayam kan..
Makan dengan kenyangnya kerana kelewatan makan...eh betul ke ayat saya ni..apa2 jela janji korang faham. Ok...itu sahaja untuk kali ni...Nantikan tempat makan yang menarik lagi selepas ini... Terima Kasih kerana sudi mentelaah blog ini..