Friday, May 11, 2012

Masamnya Limau Nipis

Limau nipis walaupun masam tapi banyak khasiatnya...

Pagi ini saya terbaca satu artikel dalam majalah Anis yang bertajuk "Limau Nipis: Biarpun masam, banyak khasiatnya". Jadi saya ingin berkongsi sedikit sebanyak info yang berkaitan dengan limau nipis ini.

Antara khasiat limau nipis adalah seperti:

Skurvi
Skurvi adalah penyakit akibat kurangnya mendapat Vitamin C. Limau ini amat kaya dengan Vitamin C. Antara tanda2 orang mengalami skurvi seperti sentiasa diserang selesema, ulser mulut, gusi berdarah serta bibir kering dan merekah

Penjagaan Kulit
Jus dan minyak limau nipis baik untuk kulit sama ada di makan atau digunakan terus pada kulit. Yang bagusnya ia boleh meremajakan kulit dan melindungi dari jangkitan kuman. Boleh digosok pada badan untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.


Kekal Langsing
Amalkan meminum segelas air suam & perahan air limau nipis dua kali sehari untuk membakar lemak dalam badan kerana ia mengandungi asid sitrik sebagai pembakar lemak yang baik.

Antioksidan
Kandungan antioksidannya amat tinggi dan bersifat antikanser. Ia juga adalah penyahtoksin serta melindungi kita daripada bakteria.

Sembelit
Membersihkan usus dan bertindak sebagai pelawas yang boleh mencegah sembelit.

Selesema
Mempunyai nilai antiviral yang boleh menentang jangkitan serta membantutkan proses selesema.
Perah 2 biji limau nipis dlm setengah liter air panas, tambah sedikit madu dan hirup perlahan2 sebelum tidur.

Taun
Paras asid yang tinggi dalam jus limau nipis sangat berkesan menghalang pertumbuhan dan membunuh bakteria taun dalam makanan.

Lelah
Minum 1 sudu makan jus limau nipis sejam sebelum mengambil makanan berat untuk melegakan lelah.

Masalah kencing
Membuang bahan2 toksik dan mendapan2 yang terkumpul di dalam buah pinggang, pundi kencing serta menyembuhkan jangkitan dalam sistem kencing. Boleh membersihkan buah pinggang & merawat jangkitan pundi kencing.

Kanser
Dalam ujian makmal, limonoid sitrus yang didapati di dalam limau nipis dapat membantu menentang kanser mulut, kanser kulit, kanser paru2, kanser payudara, kanser perut & kanser usus.

Sakit tekak
Campur jus limau nipis dengan air dan berkumur untuk melegakan sakit tekak.

Percernaan
Membantu penghadaman dan melegakan kembung serta mengurangkan sendawa.

AWAS!


Sumber: Majalah Anis (Mei 2012), pg.10-11



No comments:

Post a Comment