Saturday, May 26, 2012

Rejab, Syaaban & Ramadhan

Alhamdulilah hari ini telah masuk 5 Rejab dan kemudian akan disusuli dengan bulan Syaaban serta Ramadhan. 


Ketiga-tiga bulan ini mempunyai kelebihan tersendiri dan ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat seperti berpuasa, memperbanyakkan zikir, membaca al-quran, bersedekah dan sebagainya. 


Dalam ketiga-tiga bulan ini terdapat peristiwa-peristiwa besar yang telah berlaku.

Rejab
  • Berlakunya peristiwa Isra’ Mikhraj (27 Rejab)
  • Tahun berlakunya Isra’ Mikhraj dipanggil Tahun Dukacita kerana pada tahun itu, Rasulullah s.a.w telah kehilangan dua insan yang disayangi iaitu isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Maka Allah menceriakan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Isra’ Mikhraj.
  • Berlakunya solat umat Islam 5 waktu yang pertama. Sebelum ini, umat Islam hanya bersolat 2 waktu iaitu waktu pagi dan petang namun sebaik sahaja solat difardhukan 5 waktu maka 2 waktu sebelumnya diharamkan oleh umat Islam bersolat. Solat pertama ialah solat Subuh, iaitu sebaik sahaja Rasulullah s.a.w kembali dari Isra’ Mikhraj. 
Rasulullah s.a.w. bersabda; “Puasa pada 27 haribulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti berpuasa 1000 tahun kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.” Nabi s.a.w. bersabda; ”Siapa yang mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang daripada dipetik sampai dia kembali.” – Riwayat Tirmidzi


Syaaban
Terdapat nas yang berkaitan dengan Nisfu Syaaban yang datang dengan penambahan iaitu pada malam Nisfu Syaaban, malam ke 15 Syaaban, Allah berfirman bahawa sesiapa yang meminta ampun kepada Allah melalui doanya maka doanya akan diperkenankan kecuali orang yang syirik kepada Allah, orang yang berzina dan tidak bertaubat nasuha, orang yang bermusuhan sesama Islam.

Ramadhan
  • Merupakan bulan di mana Al-Quran diturunkan, serta kitab Samawi seperti kitab Injil, Taurat dan Zabur juga turun pada bulan Ramadhan.
  • Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan besar-besaran dan pada bulan ini juga pahala akan dilipatkali gandakan untuk setiap kebaikan/amalan yang kita lakukan.
  • Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu malam iaitu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. InsyaAllah...
Doa Bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan


Marilah kita sama2 rebut peluang ini untuk mempertingkatkan amalan kita. Mudah2an Allah terima segala amalan yang kita lakukan. Amin...

No comments:

Post a Comment