Saturday, June 30, 2012

Karnival Jom Heboh


Start hari ni dan esok (30/6 & 1/7), Jom Heboh diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru. Dah dekat sangat dengan rumah saya. Kalau nak jalan kaki pun boleh...


Yay! Boleh la nak  jengah2 ke sana kalau takde plan lain (plan asal)... 
Tapi...tapi...tapi...akhirnya plan asal cancel so tak dapatlah nak pergi sebab ada hal yang lagi penting dari itu. Never mind la...yang penting dapat balik kampung.

Dah lama Jom Heboh tak dibuat di Johor kerana sebelum ini tapak Jom Heboh adalah di Danga Bay but since the Danga Bay is under construction, jadi untuk mencari tempat yang sesuai tu mungkin susah sikit.

Semestinya ramai pengunjung yang akan turun nanti dari seluruh pelusok Johor ni dan mungkin ada yang datang dari luar...Parking memang susah sikit nak dapat kat area situ..Pandai2 lah korang cari...


Malam tadi pun dah start ramai orang yang berkunjung apatah lagi hari ini dan esok. Confirm jammed punye lah. Sesape yang nak melalui jalan itu, silalah cari jalan alternative lain ye untuk mengelakkan kesesakan.


Antara artis-artis yang akan memeriahkan konsert Jom Heboh kali ni adalah seperti kumpulan Jinbara, Akim, Ella & protege (caroline) & Ramlah Ram.

Jom lah datang beramai-ramai....


Wednesday, June 27, 2012

The Chicken Rice Shop

Lagi mengenai makan...

Tu lah kerja kami kalau time cuti iaitu cari tempat2 makan best sambil2 cuci mata...

Kali ni kami ke The Chicken Rice Shop sebab time tu teringin sangat nak makan nasi ayam. Kebetulan ketika itu kami di Jusco Tebrau City.

Tak pasal2 glamor 2 orang ni masuk blog aku..
Sebelum ni pernah order yang set untuk 2 pax punya tapi memandangkan agak susah untuk menghabiskannya, jadi kami order yang single je.

Soya bean & Apple Juice
Chicken Rice ~BBQ chicken~
Ni en suami yang nak...
Chicken Rice ~Steam Chicken~
Ini saya yang punya ok...
Haa...yang menariknya bekas tempat letak sudu pun berbentuk ayam..
Dah namanya Nasi Ayam, mestilah semuanya berasaskan ayam kan..
Makan dengan kenyangnya kerana kelewatan makan...eh betul ke ayat saya ni..apa2 jela janji korang faham. Ok...itu sahaja untuk kali ni...Nantikan tempat makan yang menarik lagi selepas ini... Terima Kasih kerana sudi mentelaah blog ini..



Tuesday, June 26, 2012

Singgah Selalu

Emmm...macam pernah dengar je ayat  Singgah Selalu ni kan...

Kalau kat area JB ni, rasa2nya orang memang tau tempat ni kat mana. Terletak kat Danga Bay.

Merupakan sebuah restoran yang dinamakan Singgah Selalu.

Bajet orang akan singgah selalu kat situ la tu...tapi kalau makanan semua best, ok je nak menyinggah ye tak?

Selalu melalui jalan depan restoran ni tapi tak pernah pula terdetik untuk singgah.

Tapi baru2 ni kami teringin nak pergi kerana memandangkan pelanggan yang ke restoran tu agak ramai. Jadi menujulah kami ke sana untuk merasa menu2 yang ada.

Saya order nasi ayam penyet & air jus carrot susu. Si suami pula teringin merasa chicken chop.

Chicken chop

Epal jus & Karot susu

Nasi ayam penyet

Kalau nak komen pasal makanan yang kami order tu, bagi kami tidak memenuhi citarasa kami tapi mungkin ada menu lain yang best seperti di bawah yang boleh anda cuba...

Mee hoon goreng kari ketam singgah selalu

Tengok menu ni macam best je kan. Takpe lah lain kali ada masa kami singgah lagi.

Haaa....ni lagi satu...untuk sesape yang suka shisha...terdapat pelbagai jenis dan pilihan...Kalau teringin datanglah ke sini ok.

Shisha counter
Entri saya kali ni banyak mengenai tempat2 makan yang pernah kami kunjungi...Sesuai untuk sesiapa yang ke Johor dan mencari tempat2 makan yang best....




Sunday, June 10, 2012

Final Mentor 6

Rasa2 siapa menang ye untuk Mentor 6 ni? Dari 6 orang tinggal 3 orang je untuk pusingan akhir ni.

Finalis2 pun semua mantop2 juga tu...

Zatul (Ogy), Anas (Faizal Tahir), dan Caroline (Ella)...Masing2 mempunyai bakat yang tersendiri dan terpulang pada mereka membuat persembahan terbaik untuk menarik perhatian juri2.


Apa2 pun kita layan jela Mentor ni sampai abis. Nanti tau la juaranya....Good luck untuk ketiga tiga finalis...


Euro 2012

Kejohanan Piala Eropah kembali lagi.... 

Kali ini Poland dan Ukraine merupakan tuan rumah bagi kejohanan bola sepak kedua terbesar di dunia ini.



Terdapat 16 pasukan yang akan bersaing bagi merebut gelaran juara. Pasukan manakah yang menjadi pilihan anda? 

Kejohanan bola sepak Euro 2012 ini telah pun membuka tirainya pada 8 Jun 2012 iaitu di mana perlawanan pertama di antara Poland Vs Greece telah mencatatkan keputusan 1-1. Manakala perlawanan Rusia vs Republic Czech telah berakhir dengan keputusan memihak kepada Rusia iaitu 4-1.

Mengikut jadual, ianya akan berakhir pada 1 Julai 2012... 

Siapa2 yang kaki bola tu, minum lah air kopi banyak2 ye sebab kalau ikut jadual, semua perlawanannya pada sebelah malam dan pagi mengikut waktu Malaysia. Jangan terlajak tidur sampai tak masuk office sudahla ye...marah boss nanti.



Adik2 yang sekolah lagi tu jangan tidur lewat2, nanti ngantuk kat sekolah..apa yang belajar pun tak masuk dalam kepala. Berpada-pada lah ye...