Sunday, July 22, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Selamat Datang Ramadhan...

Alhamdulillah sempat lagi bertemu Ramadhan kali ini..

Di bulan yang mulia dan penuh barakah ini, marilah sama-sama kita memperbanyakkan amal ibadah untuk memperoleh keberkatan dunia dan akhirat. Antaranya adalah seperti:

  1. Memperbanyakkan membaca al-quran
  2. Memperbanyakkan zikir
  3. Memperbanyakkan  sedekah 
  4. Bertarawih dan lain2 lagi.

Dalam bulan ini kita hendaklah mengelak dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

  1. Kita sepatutnya menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya
  2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;  
  3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhah.
  4. Jangan terlalu mengikutkan nafsu lebih2 lagi ketika berbuka dan banyak lagi.
Keistimewaan Ramadhan ini ialah pada Malam Lailatulqadar yang telah dirahsiakan oleh Allah. Oleh itu, ayuhlah kita beramai2 membuat ibadah di bulan mulia ini.


Thursday, July 5, 2012

Khamis Malam Jumaat


Hehe...mesti korang terfikir kan kenapa khamis malam jumaat. Biasanya orang akan kaitkan dengan orang yang dah berkahwin...

Tapi kali ni saya bukan nak bercerita mengenai perkara itu. 

Tiap kali khamis malam jumaat kami akan menantikan cerita ini..korang pun mesti tertunggu2 jugak kan iaitu cerita Seram : Waris.


Mengisahkan Marisa dan Rashad yang kehilangan anak kembar perempuan mereka dan memberi sepenuh perhatian kepada anak lelaki, Amar. Bagaimanapun, ketika bercuti di Terengganu, Amar yang menghilangkan diri ditemui diserang penyakit sawan tiba-tiba dan keadaannya membimbangkan Marisa. Nak tau kisah selanjutnya...saksikan setiap khamis jam 10.00 malam di TV3. 

Antara barisan pelakon seperti Datin Paduka Umie Aida (Mas Suri), Emelda Rosmila (Marisa), Fizz Fairuz (Rashad), Hairi Othman (Waris) dan Kuza (Mas Ayu), 13 episod terbitan Filmscape ini menampilkan Liza Shadan (Aida), Mozalfa Faisa (Fariz), Syamiem Alnisa (Sarah) dan Fadzrin Danial (Amar).

Memang dari dulu lagi mengikuti episod pertama cerita ini iaitu Kekasihku Seru dan sekarang kesinambungannya adalah Waris. Pengarah Khabir Bhatia memang best...I like...