Thursday, July 5, 2012

Khamis Malam Jumaat


Hehe...mesti korang terfikir kan kenapa khamis malam jumaat. Biasanya orang akan kaitkan dengan orang yang dah berkahwin...

Tapi kali ni saya bukan nak bercerita mengenai perkara itu. 

Tiap kali khamis malam jumaat kami akan menantikan cerita ini..korang pun mesti tertunggu2 jugak kan iaitu cerita Seram : Waris.


Mengisahkan Marisa dan Rashad yang kehilangan anak kembar perempuan mereka dan memberi sepenuh perhatian kepada anak lelaki, Amar. Bagaimanapun, ketika bercuti di Terengganu, Amar yang menghilangkan diri ditemui diserang penyakit sawan tiba-tiba dan keadaannya membimbangkan Marisa. Nak tau kisah selanjutnya...saksikan setiap khamis jam 10.00 malam di TV3. 

Antara barisan pelakon seperti Datin Paduka Umie Aida (Mas Suri), Emelda Rosmila (Marisa), Fizz Fairuz (Rashad), Hairi Othman (Waris) dan Kuza (Mas Ayu), 13 episod terbitan Filmscape ini menampilkan Liza Shadan (Aida), Mozalfa Faisa (Fariz), Syamiem Alnisa (Sarah) dan Fadzrin Danial (Amar).

Memang dari dulu lagi mengikuti episod pertama cerita ini iaitu Kekasihku Seru dan sekarang kesinambungannya adalah Waris. Pengarah Khabir Bhatia memang best...I like...



No comments:

Post a Comment