Friday, March 30, 2012

Manusia Berhati Syaitan!

Sempat saya menonton siaran langsung Khutbah Jumaat yang disiarkan di TV 1.

Tertarik dengan tajuk khutbah yang disampaikan oleh khatib yang bertugas iaitu "Manusia Berhati Syaitan"


Sesuai dengan isu yang melanda negara kita sekarang. 

Berlakunya kes bunuh, rogol dan bakar kanak-kanak yang tidak berdosa. 
Alangkah kejamnya manusia sebegini. 
Sanggup melakukan perbuatan sebegitu tanpa memikirkan dosa dan pahala.

Kanak-kanak yang menjadi mangsa
Marah dan geram saya apabila melihat kes kanak-kanak yang menjadi mangsa orang berhati syaitan ini semakin menjadi-jadi.

Dengan tersebarnya berita2 sebegini membuatkan kita lebih berhati-hati tidak kira di mana jua kita berada. 
Dalam khutbah tadi ada menyebut....

"Syaitan adalah golongan kafir daripada Jin. Bapa mereka ialah Iblis. Syaitan adalah musuh utama manusia dan syaitanlah yang mengeluarkan Adam dan Hawa daripada Syurga. Syaitan sentiasa berusaha supaya manusia tidak dapat memasuki syurga dan menjauhkan diri daripada jalan ke arahnya."

Selain itu, syaitan menggunakan dua cara untuk mewujudkan pintu godaan ini iaitu lisan dan perbuatan. Cara lisan lebih hebat daripada perbuatan kerana di situlah terhimpun segala pujuk rayu dalam jiwa. Lisan juga merbahaya kepada tubuh manusia kerananya juga akan membawa hidup penuh sengsara di dalam Neraka.


Bagi menghindari dari Syaitan menguasai diri kita

  • Sentiasa mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dengan memohon perlindungan daripada-Nya
  • Sentiasa membaca ayat-ayat suci al-Quran
  • Mencegah diri dari berbicara yang berlebihan, memelihara mata, telinga, hati dan segala anggota
  • Membuang amalan-amalan Syaitan seperti ketawa yang berlebihan, berjalan di waktu senja 
  • Jihad melawan segala bentuk tipu daya Syaitan.

    Ketahuilah bahawa mereka yang menjadikan nafsu dan Syaitan sebagai petunjuk kehidupan akan menemui kegagalan akhirnya. Semoga kita dijauhkan dari golongan seperti itu. Amin....

No comments:

Post a Comment