Tuesday, April 17, 2012

Berjalan2 Makan Angin...

Haa.....dah lama tak update blog ni.

Kali ni saja nak bercerita yang baru2 ini saya bersama keluarga suami telah berjalan2 makan angin sambil2 membeli-belah ke.........

Ke mana ye???





Ehmmm....

Mydin Nusajaya

Puteri Harbour, Kota Iskandar



Barang2 di Mydin ini boleh tahan banyaknya. Macam2 barang2an runcit yang terdapat di sini termasuklah barang2 basah seperti sayur, ikan, ayam dan sebagainya.
Dan tidak terkecuali barang2 runcit 1Malaysia. 
Harga juga berpatutan. Jadi bagi sesiapa warga johor yang inginkan harga barangan yang berpatutan bolehlah jenguk2 ke Mydin ini. 
Ceh macam promote pulak kan....


Ok tu cerita pasal Mydin....


Kali ni nak cerita mengenai Puteri Harbour yang terletak di Kota Iskandar sekitar Nusajaya juga.
Di sini terdapat banyak kapal marin berlabuh.
Kami ke sini untuk berjalan dan cuci mata padahal dah pernah pergi sebelum ni.


Inilah dia pandangan sekitar Puteri Harbour di kala petang hari.




Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat banyak lagi projek pembangunan yang akan di bina di kawasan ini. Tempat ini bakal menjadi kawasan yang membangun dan maju pada masa akan datang.


Kami juga melalui kawasan yang bakal menjadi tumpuan orang ramai iaitu Legoland dimana projeknya sedang dalam pembinaan.



Bersyukur dapat suami orang Johor. Kalau tak, sampai sekarang belum tentu dapat pergi ke tempat2 ni.


No comments:

Post a Comment