Friday, March 30, 2012

Manusia Berhati Syaitan!

Sempat saya menonton siaran langsung Khutbah Jumaat yang disiarkan di TV 1.

Tertarik dengan tajuk khutbah yang disampaikan oleh khatib yang bertugas iaitu "Manusia Berhati Syaitan"


Sesuai dengan isu yang melanda negara kita sekarang. 

Berlakunya kes bunuh, rogol dan bakar kanak-kanak yang tidak berdosa. 
Alangkah kejamnya manusia sebegini. 
Sanggup melakukan perbuatan sebegitu tanpa memikirkan dosa dan pahala.

Kanak-kanak yang menjadi mangsa
Marah dan geram saya apabila melihat kes kanak-kanak yang menjadi mangsa orang berhati syaitan ini semakin menjadi-jadi.

Dengan tersebarnya berita2 sebegini membuatkan kita lebih berhati-hati tidak kira di mana jua kita berada. 
Dalam khutbah tadi ada menyebut....

"Syaitan adalah golongan kafir daripada Jin. Bapa mereka ialah Iblis. Syaitan adalah musuh utama manusia dan syaitanlah yang mengeluarkan Adam dan Hawa daripada Syurga. Syaitan sentiasa berusaha supaya manusia tidak dapat memasuki syurga dan menjauhkan diri daripada jalan ke arahnya."

Selain itu, syaitan menggunakan dua cara untuk mewujudkan pintu godaan ini iaitu lisan dan perbuatan. Cara lisan lebih hebat daripada perbuatan kerana di situlah terhimpun segala pujuk rayu dalam jiwa. Lisan juga merbahaya kepada tubuh manusia kerananya juga akan membawa hidup penuh sengsara di dalam Neraka.


Bagi menghindari dari Syaitan menguasai diri kita

  • Sentiasa mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dengan memohon perlindungan daripada-Nya
  • Sentiasa membaca ayat-ayat suci al-Quran
  • Mencegah diri dari berbicara yang berlebihan, memelihara mata, telinga, hati dan segala anggota
  • Membuang amalan-amalan Syaitan seperti ketawa yang berlebihan, berjalan di waktu senja 
  • Jihad melawan segala bentuk tipu daya Syaitan.

    Ketahuilah bahawa mereka yang menjadikan nafsu dan Syaitan sebagai petunjuk kehidupan akan menemui kegagalan akhirnya. Semoga kita dijauhkan dari golongan seperti itu. Amin....

Wednesday, March 28, 2012

Jom Makan!

MAKANAN

Makan...
Makan...
dan Makan...

Emmm...memang best kalau dapat makan kan?
Lagi2 dapat makan makanan kegemaran kita..
Tapi....
...............................
........................................
..............................................
Berpada-pada OK?
Nanti boleh jadi obesiti...
Kang diri sendiri juga yang susah...

Kalau nak bercerita mengenai makanan ni banyak. Macam2 makanan ada kat Malaysia ni.

Kita patut bersyukur pada Allah s.w.t kerana memberi kita rezeki yang melimpah ruah jika nak dibandingkan dengan negara2 yang susah seperti Somalia, Afghanistan dan Iraq.

Di Malaysia...
Pergi kemana sahaja mesti ada kedai makan/restoran.
Begitu mudah untuk kita mendapat makanan bukan?
Alhamdulillah atas kurniaan nikmatNya yang tak terhingga.
Semoga Dia tidak putus menurunkan rezeki kepada kita.

Semalam sedang saya terfikir juadah apa yang hendak dihidangkan untuk makan malam bersama suami, terlintas di fikiran saya untuk membuat kuih apam.

Bila tengok di internet, macam2 corak ada. Jadi saya dengan penuh semangatnya pergi ke dapur untuk membuatnya. Inilah hasilnya...

Apam Polkadot vs Apam strawberry




Untuk sesiapa yang berminat, saya juga menerima tempahan.

Harga:

Apam polkadot
                       50 biji = RM15
                      100 biji = RM 28

Apam Strawberry
                       50 biji = RM18
                      100 biji = RM34

Corak2 lain saya akan update kemudian...
Contact : amyza0105@gmail.com

Tuesday, March 27, 2012

Nasihat Lukman kepada Anaknya

Surat Luqman merupakan surah ke 31 dalam Al-Quran.

Surah ini terdiri dari atas 34 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makiyyah

Nama Luqman diambil sempena dari kisah Luqman yang diceritakan dalam surah ini bagaimana ia mendidik anaknya.

Antara kandungan nasihat-nasihat Luqman kepada anaknya:
  • Wahai anakku, elakkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam
  • Wahai anakku, sekiranya ibubapa mu marah kepadamu kerana kesilapan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan ibu bapamu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanam tanaman.
  • Wahai anakku, jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura pura membuatkan dia marah padamu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mahu menasihati dan menginsafkan kamu, maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.
  • Wahai anakku, bila kamu mempunyai teman karib, maka jadikanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

  • Wahai anakku, jagalah dirimu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana kamu diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunia.

  • Wahai anakku, sesiapa yang bersifat penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada mengeluarkan perkataan yang sia-sia, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu dia akan menyesal kelak.

  • Wahai anakku, bergaullah dengan orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hati mu dan dengarkanlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami hujan.

  • Wahai anakku, janganlah kamu makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.
  • Wahai anakku, jika kamu mempunyai dua undangan majlis, iaitu majlis takziah kematian atau majlis perkahwinan, maka utamakanlah majlis kematian, kerana ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri majlis perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada keseronokan duniawi sahaja.

  • Wahai anakku, janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis janganlah terus meludah sahaja apa yang kamu rasa pahit, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kelemahan.

  • Wahai anakku, janganlah kamu menjadi lebih lemah dari seekor ayam jantan, kerana ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan kamu pada waktu itu masih terbaring di atas katilmu.

  • Wahai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.

  • Wahai anakku, kamu telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana kamu mempunyai jiran yang jahat.

  • Wahai anakku, jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
  • Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.

  • Wahai anakku, bertakwalah kepada Allah, orang lain tidak akan tahu engkau takut kepada Allah s.w.t hanya untuk dihormati, sedangkan hatimu menyimpang daripada kebenaran.

  • Wahai anakku, janganlah engkau menyesal kerana berdiam sahaja. Sesungguhnya percakapan itu berharga perak, sedangkan berdiam diri berharga emas.

  • Wahai anakku, hindarilah dirimu daripada kejahatan, nescaya ia akan menjauhimu. Sesungguhnya kejahatan itu untuk sejahat-jahat makhluk.

  • Wahai anakku, janganlah engkau makan makanan yang tidak bersih. Bermesyuaratlah dalam urusanmu yang berbentuk ilmu.

  • Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang. 
Terdapat banyak lagi nasihat yang Luqman berikan kepada anaknya. Hanya ini sahaja yang sempat saya kongsi.

Monday, March 26, 2012

Adab Ketika Berdepan Dengan Masalah

Masalah??.....
Apa yang perlu saya lakukan??
Bagaimana saya nak menghadapinya??


Kehidupan umat manusia ini tidak terlepas dengan ujian daripada Allah s.w.t.

Ujian ini diturunkan untuk menduga tahap kesabaran kita sebagai umatNya
termasuk diri saya sendiri yang juga tidak boleh lari dari masalah

Oleh itu kita perlu lah menghadapinya dengan tenang dan sabar..

Sedikit info ini untuk dikongsi bersama kawan2 semua...

Sumber diperoleh dari Majalah Dara...


Beristighfar
Beristighfar kepada Allah dengan mengucapkan "Innalillahi wainnailaihiraji'un". Ayat ini mampu membuatkan anda tenang seketika dan ingat kepada Allah Yang Maha Esa.

Berfikiran Positif
Jangan sesekali menganggap masalah itu suatu bebanan yang sangat berat. Sentiasa fikir bahawa itu tanda kasih sayang Allah pada kita.

Siasat terlebih dahulu
Siasat terlebih dahulu sesuatu perkara itu untuk mengetahui kesahihan maklumat yang diperoleh sebelum anda membuat sebarang keputusan.

Sabar & Tabah
Kesabaran & ketabahan itu merupakan kunci untuk berjaya. InsyaAllah kita akan menghadapinya dengan tenang.

Reda
Reda dengan ujian yang diberikan. Pasti terselit hikmah disebalik sesuatu kejadian itu. Anda mungkin akan menerima berita gembira yang lain selepas itu.

Tips ini juga sedikit sebanyak membantu saya apabila berhadapan dengan masalah. Apa jua yang berlaku, kita hendaklah sentiasa mengingati Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.



Friday, March 23, 2012

Pengalaman Temuduga

Surat temuduga yang diterima dari SPP

Saya menulis ini sekadar berkongsi pengalaman temuduga sebagai Pembantu Makmal Gred C4-1. First time ditemuduga oleh Jabatan Kerajaan. 

Perasaaan? Sudah tentu terkejut + seronok apabila menerima surat yang tercatat nama Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). 

Selepas membaca kandungan surat ini sepenuhnya, rupa2nya saya telah dipanggil untuk ditemuduga pada 13/3 yang lepas bertempat di The Puteri Pacific Hotel.

Soalan2 yang ditanya oleh dua(2) orang Penemuduga:
  1. Tugas2 seorang Pembantu Makmal
  2. Kepentingan Langkah-Langkah keselamatan dalam makmal
  3. Kepentingan ICT dalam tugas harian pembantu makmal
  4. Contoh radas2 dalam makmal
  5. Contoh bahan kimia yang terdapat di dalam makmal biologi
  6. Apa itu hemoglobin dan fungsinya
  7. Soalan berbentuk situasi (Apa yang PM perlu lakukan apabila berlaku kebocoran pada penunu bunsen ketika pelajar sedang melakukan eksperimen)
  8. Tugas PM ketika pelajar cuti sekolah
  9. Kesan rumah hijau
  10. Tarikh Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke 14
Alhamdulilah dapat menjawab soalan tersebut ketika ditanya. Yang penting jawab dengan penuh yakin...

Bukan senang nak dapat kerja tetap. Sekadar mencuba dan berharap ada harapan untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan. 

Thursday, March 22, 2012

Keputusan SPM Terbaik...

Khabarnya keputusan SPM yang telah keluar semalam........
TERBAIK PUNYE.hehe...

Menurut sumber Kementerian Pelajaran Malaysia, seramai 559 daripada 468,808 calon yang mendaftar telah memperoleh gred tertinggi A+ bagi semua mata pelajaran berbanding 403 pada tahun sebelumnya. Peningkatan yang agak memberangsangkan. 


Tahniah diucapkan kepada adik2 yang berjaya.Hoooray!!!


Bagi yang kurang berjaya, jangan sedih dan jangan putus harapan. Mungkin bukan rezeki anda. Anda masih boleh belajar ke peringkat yang lebih tinggi. 


Apa yang penting...... niat dan kesungguhan diri sendiri. Betul tak?


Saya tertarik dengan ayat ini :

 “Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be successful.” — Herman Cain 


Saya bersetuju dengan kata2 di atas.Jika kita membuat sesuatu perkara dengan minat yang mendalam, pasti akan disusuli dengan kejayaan.

Wednesday, March 21, 2012

Karya Kemala Diiktiraf Terbaik


Terbaca di dalam akhbar….
Terlihat di kaca TV dalam rancangan MHI…
Membuatkan saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan membuat pencarian siapakah gerangan insan bertuah yang bernama Kemala ini…

Sedikit sebanyak profil tentang diri beliau:
Nama penuh beliau Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah, dikenali dengan nama pena Kemala.
Merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur.
Dikurniakan Anugerah Sastera Negara ke 11 yang membawa gelaran Sasterawan Negara oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Antara hasil penulisan beliau:
  • Lanskap ungu :Penerbit UPM, 2010.
  • Ziarah Tanah Kudup : puisi pilihan 1996-2004 ;DBP, 2006.
  • CITRA wanita dalam sastera Melayu 1930-1990 / penyelenggara Ahmad Kamal Abdullah & Siti Aisah Murad.  ;DBP, 2000.
  • REAKSI wawancara dengan sarjana Eropah / penyelenggara Ahmad Kamal & Abdullah Shamsuddin Jaffar  ;DBP, 1997.
  • JAMBAK 4 : proses kreatif pengarang melayu / diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah & Zaiton Ajamain  ;DBP, 1995.
  • Jambak 3: proses kreatif pengarang Melayu diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah, Zaiton Ajamain  ;DBP, 1995
  • Mustika diri : bunga rampai karya penulis wanita 1930-1990 / diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah, Siti Aisah Murad  ;DBP, 1994.
  • Sempana : himpunan esei penelitian oleh sarjana kesusasteraan Melayu antarabangsa / diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah, Shamsuddin Jaafar & Ahmad Razali Yusof ;DBP,1994.
  • Kesusasteraan bandingan dalam perbincangan  ;DBP, 1994.
  • Puisi baharu Melayu, 1961-1986 / diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah & Ahmad Razali Yusof  ;DBP, 1990 dan banyak lagi.
Ahmad Kamal telah menerima wang tunai RM60,000 dan ganjaran untuk menerbitkan 50,000 naskah karyanya atau kos cetakan bernilai maksimum RM500,000.
Semua karya akan dibeli dan diagihkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan seluruh negara.
Anugerah ini adalah sebagai pengikhtirafan terhadap sumbangan dan pencapaian sasterawan dalam menperkukuh dan memartabatkan karya sastera kebangsaan.

Bangga dengan anak bangsa..

Tuesday, March 20, 2012

Solat Sunat Dhuha

Apa itu Dhuha?
Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Waktu ini adalah sesuai untuk mengerjakan solat sunat dhuha.

Hukum
Hukum mengerjakan solat ini adalah sunat.

Rakaat
Rakaat nya tidak terbatas min 2 rakaat dan maksimum 12 rakaat

Rasulullah bersabda yang bermaksud:"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.

Rasulullah bersabda lagi:

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.

Niat:


Doa selepas solat:



” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)